kali ni terasa di hati ingin berkongsi rasa di sini melalui kisah yang berlaku di sisi ku. renung2kan wahai lelaki dalam membina rumahtangga n bersabarlah duhai wanita dalam menempuhinya.... mampukah jiwa seorang wanita mengharungi keegoan seorang lelaki????????? memg lelaki terkenal dgn egonya dan wanita terkenal dgn umpatannya .tapi semua ini xlain n xbkn adalah menjurus kpd penambahan timbangan di bahu kiri.tp disebabkan ingin memenuhi nafsu semua itu ditolak ketepi..
seorang wanita menerima pinangan seorang lelaki y dipilih oleh keluarga dgn harapan restu keluarga memberi kebahagiaan kpd semua....setelah menempuhi alam perkahwinan semuanya terhidang dgn jelas.. si suami seolah2 menggunakan semua kuasa vetonya dalam menjalani kehidupan sebagai seorang suami, dan juga sebagai seorang ayah......tetapi yang memendam perasaan bukan hanya seorang isteri tetapi termasuklah anak2....
segala perlakuan yang dilakukan si suami AkA ayah dirasakan amat betul sehinggakan apa yang diputuskan oleh si suami adalah muktamad.....NO MORE EXCUSE...... hubungan dgn anak menjadi renggang tp hubungan dgn rakan amatlah CLOSING sehinggakan ramai yang mengatakan si suami seorang yang peramah dan baik dalam semua aspek.
tapi mujurlah si isteri merupakan seorang yang tidak memendam rasa dan sentiasa meluahkan permasalahan kepada insan terdekat...jika difikirkan sekiranya si isteri memendam rasa tentu sudah masuk ke wad mental akibat tekanan perasaan...tetapi keluarga ini perlu bersyukur kerana walau mempunyai ketua keluarga yang MEMPUNYAI ANGIN tetapi masih mempunyai ibu yang prihatin walau dirinya sendiri tersiksa...........
sedarlah wahai lelaki di luar sana jgn jadikan diri kalian tergolong dalam golongan ini dan duhai wanita kesabaran anda akan ada manisnya kelak...... bertolak ansurlah dalam menjalani kehidupan ini....
sekadar pemerhatian dccKu untuk dicoretkan di sini sebagai pedoman untuk semua......
No comments:
Post a Comment