22 August 2011

cORetan dccKu

cepat......kejap.........sayang r......

knape ea kte mcm 2???? cuti sem dah nak abih rase mcm kejap je duk kt umah so rse mcm syg r nak tinggal family. pejam celik cuti sem selama hampir 5 bulan dh sampai ke penghujung nyer.  ape kredit y aku tmbh u hidup aku lps ni 4 future( dunia n akhirat)......soal aku kembali apabila merenung mase y telah pergi...

DUNIA

xakan abih dikejar kerana nafsu xakan pernah kenyang.  Ya ALLAH susahnyer nak kawal nafsu. bile dah stat kawal je byak dugaan y datang... dari aspek dalaman dan juge luaran... yela kan semaki byak ilmu y digali semakin bnyak dugaan dn ujian y mendatang......... moga ALLAH memberi peluang kepadaku tatkala aku leka dengan arus dunia.....

AKHIRAT

suatu tempat yang kekal abadi dan pasti untuk semua.tapi sejauh mana aku sendiri mempersiapkan diri menujunya???  bekalan dunia sentiasa dicari tp akhirat terkadang terbabas juga aku dengannya..... moga amalan2 y baru aku praktikkan sebagai tambahan dalam hidupku ini dilakukan secara ISTIQAMAH...memang susah untuk mendapatkannya tetapi manis apabila telah merasainya..

AKU???

dah bersedia ke dgn semua ujian ini? memang pasti xakan mudah untuk diberi jawapan kerana semua ni bergantung dng niat di hati dan bergantung juga dengan KEIKHLASAN diri...AKU...masih hidup dgn ego y dicipta sendiri....... moga ALLAH memberikan aku petunjuk ke jalanNYA tatkala aku igin melakukan sesuatu keputusan dalam hidupku agar selari dgn fitrahMu....


HAKIKATNYA....

mase y ditinggalkan x akan kembali......moga kekhilafan diri dapat dibaiki dalam meneruskan kehidupan y masih berbaki........memang nafsu xakan puas tapi biarlah akal y memandu nafsu.......jgn dibiarkan nafsu memandu akal.

LIHAT KEPADA APA YANG DIPERKATAKAN,
JANGAN DILIHAT SIAPA YANG MEMPERKATAKANNYA

19 August 2011

pilihan buat insan yang bakal bergelar suami

Jenis Wanita

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

1. Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

2. Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

3. Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4. Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5. Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

6.Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

p/s: persiapkan dirimu seiring dgn pilihan hidupmu nanti

pilihan dihati

yang mana satu dirimu wahai lelaki............

Lelaki tulin.
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki

Lelaki yang berharga.
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.




Lelaki yang teguh jiwa.
Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

Lelaki yang sederhana.
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

Lelaki yang cantik.
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki yang punya pendirian.
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

Lelaki yang kemas bersih.
Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

Lelaki yang cerdik.
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki yang cekap.
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

Lelaki yang bijak.
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

Lelaki yang tabah.
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

Lelaki yang berwawasan.
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki yang baik.
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

Lelaki yang sopan.
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

Lelaki yang mengasihi.
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

Lelaki yang ceria.
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.

buatmu gadis....sebelum memilih pastikan dirimu sesuai dgn apa yang dipilih.....

7 August 2011

kisah dccKu...

Aku membsar n memulakan persekolahan di trg, n then sambung u pun kt cni... ramai yang bertya"xnak explore dunia lain ke AKA negeri lain" rase mcm dah sebati dgn soklan mcm ni coz ramai y nak tahu jwpn die. jwpn aku u mse y terdesak "knape xberkembang ke duduk blaja negeri sendiri?". aku membalas balik pertanyaan mereka. personally aku rase lebih selamat blaja di negeri sendiri bukan kerana aku Homesick tapi ade lagi kelebihan y org xnampak bile aku buat pilihan mcm ni...

sebab2 y aku utamakan
  1. aku perlu berbakti lg kpd ibubapa so dgn care ni aku dpt tolong mereka mane2 y patut.
  2. JIMAT so dptlah mengurangkan beban ibubapa... kte kena ingat kte perlu meminimakan  call kat family"mak xde duit la" coz dgn care ni show our respect 2 them.. kan membazir amalan syaitan.
  3. aku ingat MB kt cni pernah kate kalau anak jati xnak mengagungkan u negeri sendiri sape lagi...so krenya aku ni berjiwa patriotik la...he2
  4. aku suka dgn suasana u y org kte" kmpung" ni coz lebih senang n mudah blaja coz kalu banyak maksiat susah jge hati sekaligus susah ilmu nak masuk.

dulu2 pernah aku terfikir nak smbg oversea...nak rase pngalaman kt tmpat orang la tmbah negara 2 bumi anbiya'..tup tap mak sakit n mase 2 kritikal sgt...kire mcm dlm dilema sangat nak ikut hati atau nak utamakan family.....tp Alhamdulillah ALLAH bgi ruang u berbakti pd ibubapa lagi.... xpela dan lps kejadian 2 aku dpt hikmah y besar dlm hidup iaitu KELUARGA ADALAH UTAMA DARI SEGALANYA..... knape aku ckp mcm 2???? ni jwpannye.... akak2 y study sme nge aku kt u ni ckp hargailah ibubapa sementara dieorang msih ade... ni adalah luahan rasa hati akak2 y dah kematian ibubapa. akak2 ni cakap bende y same walau mereka xsekelas tp hasil survey aku jwpnnye same.

jdi xkisahlah ape pun org nak cakap aku ni anak mak ke homesick ke@ape2la ..tp y penting family aku fhm n sentiasa sokong.  Alhamdulillah jejak langkah aku dlm meneruskan pengajian di negeri sendiri diikuti insan2 Di Celah2 KehidupanKu....mungkin mereka mempunyai sebab tersendiri tp jawapan same dripada mak ayah dieorg...senag hati melihat anak2 depan mate memandangkan keruntuhan akhlak makin menjadi2 so dpt tgok2kan mereka.

my mom said" suke hati mak anak2 ade skrg especially dlm bulan puasa ni" so xmustahil mak2 kalian mengatakan perkara y same kerana perhatian mereka kpd kta... so.fikirkanlah kebenaran sesuatu itu tanpa menyembunyikan perkara y hakiki........

5 August 2011

dccKu menulis

alhamdulillah baru ari ini berksmptan brkongsi rasa di dccKu............. kredit 4 bdk2 ulama n sakit puan y dah "hack" blog ini. xde pe2 la dik, cume dccKu menghrpkan agar fikrah kita suma masih sama walau di mana kita berada walaupun kalian akan terbang ke bumi Jordan dan dccKu masih di M'sia.  semoga pemergian kalian ke sana akan membawa seribu satu makna y berhrga kpg agama y utama seterusnya sama2 berjuang ats nama kebenaran............ moga impian nak jadi ulama kontempotari tercapai.(bak kate salah sorg dr kalian). dccKu menulis sudah tamat, insyaALLAH menulis lg pd entri y berikutnya

2 August 2011

Sepuluh maksiat hati

menginsafi kelemahan diri bersama2 dccKu agar kte sama2 mendapat keredhaanNYA
  1. Suka makan banyak iaitu berlebihan dari yang biasa
    Maksud hadis:
    "yang lebih afdhal pada Allah iaitu orang yang banyak lapar dan banyak bertakafur. Dan yang dibenci Allah iaitu orang yang banyak makan, banyak tidur dan banyak minum"
  2. Banyak berkata-kata benda yang tidak berfaedah (banyak cakap)
    Maksud hadis:
    "barangsiapa percaya kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata dengan baik atau diam"
  3. Marah (sifat hasad dengki)
    Maksud hadis:
    "tidak marah seseorang melainkan hampir atas api neraka Jahannam"
  4. Dengki (sifat hasad dengki)
    Maksud hadis:
    "hasad itu memakan amal kebajikkan seperti api memakan kayu yang kering"
  5. Bakhil (kedekut)
    Maksud hadis:
    "bermula orang yang mudah hati yang jahil dikasihi oleh Allah daripada orang Abid yang kikir (kedekit), yakni orang yang jahil pemurah lebih baik daripada orang yang banyak ibadah tetapi (kedekut) sekalipun berilmu.
  6. Cinta kepada kemegahan (kedudukan dan pangkat)
    Firman Allah yang bermaksud:
    "bermula akhirat itu dijadikan bagi orang yang tidak berkehendakkan kepada ketinggian dan kemegahan di dalam dunia dan ia tidak berkehendak membinasakan orang didalam dunia dan syurga itu bagi orang yang takut kepada Alllah s.w.t"
  7. Cinta dunia
    Maksud hadis:
    "cinta dunia itu segala kesalahan dan kejahatan"
  8. Takabur (membesarkan diri atau bermegah-megah)
    Firman Allah yang bermaksud:
    "masuk kamu wahai orang yang kafir akan pinta neraka hal keadaan kekal mereka itu di dalamnya, maka neraka itu sejaha-jahat tempat orang yang membesarkan diri mereka"
  9. Ujub (hairan diri)
    Maksud hadis:
    "tiga perkara yang membinasakan ibadat, pertama kikir, yakni kedekut, kedua mengikut hawa nafsu, yakni mengikut segala yang disukai oleh nafsu yang dicela syarak dan ketiga ta'jub"
  10. Riak (menunjuk-nunjuk)
    Firman Allah yang bermaksud:
    maka binasalah bagi orang yang sembahyang yang lalai mereka itu daripada sembahyang, mereka menunjuk-nunjuk sembahyang mereka kepada orang lain supaya dibesarkan-besarkan orang"