21 September 2011

keegoanmu.....kesabaranku

kali ni terasa di hati ingin berkongsi rasa di sini melalui kisah yang berlaku di sisi ku. renung2kan wahai lelaki dalam membina rumahtangga n bersabarlah duhai wanita dalam menempuhinya....   mampukah jiwa seorang wanita mengharungi keegoan seorang lelaki????????? memg lelaki terkenal dgn egonya dan wanita terkenal dgn umpatannya .tapi semua ini xlain n xbkn adalah menjurus kpd penambahan timbangan di bahu kiri.tp disebabkan ingin memenuhi nafsu semua itu ditolak ketepi..



seorang wanita menerima pinangan seorang lelaki y dipilih oleh keluarga dgn harapan restu keluarga memberi kebahagiaan kpd semua....setelah menempuhi alam perkahwinan semuanya terhidang dgn jelas.. si suami seolah2 menggunakan semua kuasa vetonya dalam menjalani kehidupan sebagai seorang suami, dan juga sebagai seorang ayah......tetapi yang memendam perasaan bukan hanya seorang isteri tetapi termasuklah anak2....

segala perlakuan yang dilakukan si suami AkA ayah dirasakan amat betul sehinggakan apa yang diputuskan oleh si suami adalah muktamad.....NO MORE EXCUSE...... hubungan dgn anak menjadi renggang tp hubungan dgn rakan amatlah CLOSING sehinggakan ramai yang mengatakan si suami seorang yang peramah dan baik dalam semua aspek.

tapi mujurlah si isteri merupakan seorang yang tidak memendam rasa dan sentiasa meluahkan permasalahan kepada insan terdekat...jika difikirkan sekiranya si isteri memendam rasa tentu sudah masuk ke wad mental akibat tekanan perasaan...tetapi keluarga ini perlu bersyukur kerana walau mempunyai ketua keluarga yang MEMPUNYAI ANGIN tetapi masih mempunyai  ibu yang prihatin walau dirinya sendiri tersiksa...........

sedarlah wahai lelaki di luar sana jgn jadikan diri kalian tergolong dalam golongan ini dan duhai wanita kesabaran anda akan ada manisnya kelak...... bertolak ansurlah dalam menjalani kehidupan ini....

sekadar pemerhatian dccKu untuk dicoretkan di sini sebagai pedoman untuk semua......

13 September 2011

kisah dccKu

dah lame tak berkongsi kisah di dccKu.........byk sgt kish y berlaku.baik buruk semua bersatu menjadi kisah hati...dah masuk sem baru.... lgilah byk bebanan tanggungjwb y menanti. memang betul perkara y diperkatakn skrg ni pengalamn x akan dpt dibeli tetapi hanya dpt dirasai. aku hanyalah sekadar ingin bercerita tentang kisah hati seorag insan y bergelar isteri. moga dapat memberi sinar dalam hidup insan y lain.

insan ini adalah seorang isteri y hidupnya adlah mencari redha ALLAH dan mentaati suami. panas y diharapkan rupanya mendung di pertengahannya... suami y amat dikasihi telah melakukan sesuatu perkara y memang hati seorang isteri sukar u menerimanya iaitu MADU.... suami telah memadukannya. walau pahit si isteri tetap menerimanya kerana yakin dengan PAYUNG EMAS y djanjikan di Syurga kelak. bagi merawat hati si isteri walau pd awalnya sukar u menerima tetapi dapat menerima madunya dengan seikhlas hati..biar dipandang sinis oleh ahli keluarga terdekat tetapi si isteri masih teguh menjaga rumahtangga y dibinanya sewaktu menuntut ilmu di menara gading suatu ketika dulu.   bagi merawat hati y luka si isteri telah menyambung pengajiannya ke peringkat sarjana sdi sebuah IPTA. selama dua thn merawat hati dgn cara ini.. bekerja dan belajar serta menguruskan keluarga dalam suatu masa adlah perkara y memg sukar u seorang isteri melakukanya..

pada thn akhir pengajian Allah telah memberi si isteri dgn rezeki anak...belajar, urus keluarga, bekerja dan hamil pd suatu mse y sama, semakin bertambah tanggugjawab...... tetapi kekuatan isteri ini mmg tdk dpt disangkal lagi. Allah telah memudahkn kehidupan isteri ini di atas pengorbanan dan kesabarannya. dpt menngenggam segulung ijazah dalam mase berlaku ujian dlm hidupnya. bagiku betapa kuatnya isteri ini mengharungi hidup membuatkan aku mahu menukilkan kisahnya di sini,

tanpa rase dendam di hati , isteri ini menerima madunya sepenuh hati malahan sama2 menjaga madunya sewaktu masa berpantang. sewaktu pertama kali mendengar kisah ini aku  sendiri tidak berhenti2 mengalirkan air mata kerana bagiku ujian y amat hebat. dlm mase y same aku mempersoalkan tak cukup ke kasih sayang y disemai sewaktu psgan ini sewaktu di universiti??? tapi setelah berfikir menggunakan akal dan bukan nafsu barulah aku menyedari semua ini adalah ujian ALLAH kpdnya...

memg mudah untuk menuding jari kpd sesiapa pun tetapi kuasa Allah tiada siapa y dpt menyangkalnya. aku sendiri setelah melihat kebahagiaan y dikecapi walau berkongsi kasih menjadikan aku seorang y cekal dalam hidup ini.

setiap perkara y diatur oleh Allah ada hkmahnya. moga kisah hati dccKu dpt memberi sesuatu y bermanfaat u semua.  aku berdoa agar aku menjadi seorg y redha sekiranya diuji dgn ujian ini juga...

11 September 2011

AURAT WANITA ?

Dari Firman Allah SWT dan hadis-hadis Nabi SAW

1. BULU KENING
Menurut Bukhari, "Rasullulah meLAKNAT perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. KAKI (TUMIT KAKI)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. WANGIAN
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan ZINA dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. DADA "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

5. GIGI
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "DiLAKNAT perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. MUKA DAN LEHER
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. MUKA DAN TANGAN
"Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. TANGAN
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. MATA
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, ?Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. MULUT (SUARA)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

11. KEMALUAN
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31. "Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. PAKAIAN
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah. "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang BERPAKAIAN TAPI TELANJANG yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

13. RAMBUT
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga menDIDIH OTAKnya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

wAllahua'lam