27 July 2012

sajer..



26 June 2012

salam dccKu...

agak lama menyepi setelah mengundur diri...

tapi kini telah menjadi seorang yang baru...

graduan lepasan ijazah...

suatu hari ku pasti menulis lagi di sini

26 April 2012

undur diri

ku harus undur diri

dalam menghulur langkah

yang baru dalam hidup ini

moga ALLAH memberkati


19 April 2012

9 Sebab Kenapa Perlu Nikah Awal




  1. Tuntutan Agama  - Apabila anda berkahwin muda, anda telah menyempurnakan satu fitrah manusia yang ingin hidup berpasangan secara halal ... bukan main dating-dating, atau main cinta-cinta. Apabila anda telah menunaikan tuntutan ini, anda secara tidak langsung telah menyediakan diri untuk bekeluarga dan menjadi pemimpin. Bukankah hidupnya manusia di muka bumi ini adalah untuk jadi pemimpin?
  2. Elak Zina - Tentu sekali. Kalau udah gatal sana sini, baiklah cepat-cepat kahwin. Dari pegang-pegang, dari sentuh2 tanpa ada permit sah, dari dapat dosa, dari dekatkan diri dengan zina, lebih baik nikah cepat, dan anda akan dapat pahala dengan segala 'perbuatan terlarang' yang dilakukan sebelum nikah!
  3. Jadi Bertanggungjawab - Anda akan sedia untuk menjadi ketua keluarga, jadi ibu, jadi ayah. Anda sudah ada rasa tanggungjawab untuk menjadi lebih baik.
  4. Mematangkan Diri - Apabila anda bernikah, anda sedang dalam proses mematangkan diri. Selagi anda tidak berada di dalam situasi yang telah berlainan daripada sebelumnya, anda tidak akan belajar untuk menjadi matang, menjadi lebih baik dari sebelum. Dengan pernikahan, keputusan yang anda buat lebih bijak, lebih bermatlamat dan ada tujuan yang jelas.
  5. Ketenangan Jiwa - Pernikahan akan membetulkan hasrat seksualiti anda dalam landasan yang sepatutnya. Anda tak perlu rasa resah gelisah, kerana anda sudah ada passport untuk bersama pasangan anda. Anda sudah menunaikan fitrah manusia .... dan sebenarnya meninggikan darjat anda sebagai seorang yang punyai keluarga. Walau ada masa masalah melanda, tetapi anda ada pasangan yang sah untuk jadi peneman setiap masa, dan insyaAllah ada anak yang jadi penglibur lara.
  6. Plan Jangka Panjang - Pernikahan membolehkan anda setkan tujuan hidup dengan lebih baik. Anda sudah tahu apa yang perlu dalam hidup, jadi perancangan yang anda akan lakukan lebih jelas. Anda mula merancang untuk beli rumah, ada kenderaan besar, nak buat haji, sekolahlah anak-anak dan macam-macam lagi. Matlamat hidup anda makin jelas sekarang.
  7. Seks Berkualiti dan Dijamin Selamat - Bila bernikah, semuanya boleh asalkan tidak langgar hukum. Anda tak perlu takut untuk melakukan adegan berahi. Anda juga tak perlu risau akan dosa dan juga umpatan serta fitnah. Anda dapat merasi apa itu seks tanpa rasa takut malah menikmatinya dalam keselesaan anda dan pasangan anda. Best kan?
  8. Rezeki Berlipat Ganda - Percaya atau tidak, apabila anda bernikah ... jalan rezeki anda mudah. Anda diberikan peluang untuk menambah pendapatan, ada saja peluang yang sebelum ini sukar diberikan kepada anda.
  9. Nikah Tanda Sayang - Buat apa tunggu2 lagi? Jika benar anda sayang pasangan anda .. maka nikahilah secepat mungkin. Kan kan?

9 April 2012

kOsonG


 
Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu...

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa...

Kosong...kosong...

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku...

Kosong...kosong...

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar....
Ooo..ooo...

Kosong...kosong...

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa..

Kosong .. kosong ..

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku...

Kosong...kosong...

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa...

Kosong...kosong...


ps: lirik kosong najwa latif amat bertepatan dengan diri aG skg ini.....layan

4 April 2012

layaN...

salam hati....



time nak cuti ni tibe2 masuk satu bab baru....GADUH!!! aG paling xsuke layan mende2 mcm ni. kadag2 perkara remeh akan buat kte gaduh besar.so jalan selamat rendahkan ego hati u kemaslahatan bersama....aG sayang semua sahabat aG...






ps: hati tersentuh setelah melihat blog KUNFAYAKUN~isteri ally iskandar

25 March 2012

akan ku CoBa...

kepulangan aG kali ini bagaikan menanti suatu yang besar dlm kehidupan... bagiku tiada yang mampu 

menandingi permintaan ibuku ini...bukan aku tak sudi tapi bile tgok diri rse mcm xlayak je. smua ni stat

ble ade satu kematian di pihak makcik... sgala urusan dari saat mmandikan jnzah, mengafankan dan 

semua y lain dibuat oleh anak menantu keluarge 2 sampaikan keluar dari mulut makcik aG yang 

disayangikeluarge kte xde lagi lhir y mcm ni....n mak trus jawab dgn harapan y besar..2la sebabnya

mak Suh aG  cari yang macm ni bkan nak ape pun dri anak menantu lau dah xde esok2...cme nak 

bantuan mereka shj u urus jenazah 6t.  saat mak melontarkan kate2 ini hati aG diragut sedih sayu pilu

bukan terase tetapi memikirkan hasrat ibu yang membara.



doa aG skiranye aG telah menjumpai insan itu mge dia y terbaik u keluarg 6t..dpt memenuhi impian ibu..tp sekiranye bkan memenuhi impian ibu biarlah dia berlalu dari hidupku krne tiada ape yang membahagiakan hidup selain drpd dpt membahagiakan mereka...dan tatkala ini aG redha andai jodohku dicarikan mereka....

14 March 2012

tibA msenYa


walau pun skg dh positif dlm diri

akhirnya saat itu telah tiba

tibe msenya aG diuji

dengan rse y xbleh drse

dgn hati yang bleh membw mati


sunggh kata2 y diucpkan

lbh tajam dri pedg

membuatkn aG menjadi

seorg y telah TERasa dgn

ego lelaki & sikapnya

kdg2 buat diri patah hati 

bkan patah hati dlm bercinta

tp tawar hti dgn ape y dh terjdi


senyuman dah xmampu terukir

untuk mengawal emosi diri

tatkala ini

YA!!!

tiba mse aG diuji

untuk merasai manis pahit semua ini...

 

11 March 2012

sanGGupkaH aKu???

semlm aG agak terkesima...sprti trsedar dari mimpi apbla diberikn satu tanggjwb u suatu tgas y amat besar...
TAKUT, BLURR, dan mcm2 lg sifat y lme xmuncul dlm diri tetibe muncul dlm diri aG....dccKu tolong aG!!! tp dccKu xdpt memberi tp hanya menjadi teman dkala meluahkan luahan hati aG. ini dah ckup bg aG..xiexie dccKu...

ambik je la aG...

ni satu penghargaan u aG..

wakil dr ladies...
harapan+kesetiaan+kepercayaan+kasih sayang y diberikn teman


ni antara pndgan shbt2 aG dlm memenuhi tugas aG...mcm maner ea nak handle semua ni tatkala diri berada d sem akhir...uhuhuh. tp bersama2 shbt JUTAWAN IT : Iman &Takwa mmg membantu. tq frenz. YA!!! untuk realisasikannya perlu ade minda positif...YES dah dpt solusinya... aG terima semua ini sebg satu cara dlm mengejar matlamat dlm melawan masalah; Matlamat Vs Masalah....


akhirnya aG positif menerimanya.....Tahniah untuk diriku sendiri...

myself right now!!!!


INSYAALLAH HEBAT


7 March 2012

pengoRbaNan


aG perlu lakukannya u gapai impian

suatu perkara y amat sukar u dlakukan

tetapi kemanisan y dicapai menghibur diri y lesu

dilema selalu mengunjung

tanpa dipinta datang atau pergi



ya ALLAH kuatkan rse hatiku ini

dalam membantu shbat y lain

memudahkan urusan mereka

u hidup di dunia dan akhirat

moga niat suciku tidak disalahertikan

AMIIN...

pengharapan y baik aG hulurkan untuk kamu
SAHABAT...


moga sinar mentari menanti di akhirnya


p/s: yakinlah hati

4 March 2012

positive


tetibe hadapi cbran 

tp pe y berlaku

fikiran tetap +ve

moga ia kekal dccKu

27 February 2012

terINspired


sblum ni dah dapat smgat baru

skg dah terinspirasi dgn sesuatu

moga daapt direalisasikan

dunia n akhirat

amiin...


aG perlu lakukan!!!!

berubah u kebaikan diri. PASTI!!!

25 February 2012

semaNgaT

mulakan sem akhir dengan semangat baru

seperti bunga yang baru berkembang

bantu diri dan bantu rakan 
untuk gapai

kejayaan

dunia dan akhirat

insyaALLAH..amiin.


9 February 2012

Adam...Hawa...

tercipta engkau dr rusuk lelaki...
bukan dr kaki untuk dialasi
bukan dr kepala untuk dijunjung
dekat di bahu untuk dilindung
dekat di hati untuk disayangi
engkaulah wanita perhiasan duniawi


wanita akan dikaitkan dgn lelaki sebgmn nama ADAM dikaitkan dgn HAWA.... mane2 pegi mmg due nama ni sering dikaitkan....dalm novel la, cerita  tv la dn byk lgi... tpari ni aG nkkaitkn nme ni dgn novel ADAM HAWA....knape ea???? coz bg aG ade satu kesan y mendlm dlm diri aG tatkala membce novel...


skg nk kongsi kisah manusia y ade n mmg wujud y bleh ambik dr novel ni. first, ego wanita bleh lemahkan lelaki coz kte bleh lihat nwadys kte bleh tgok sifat ego y asalnya hanya ade dlm diri ADAM dh muncul dlm diri HAWA pd hari ini... aG bleh katakan bhwa bile seorng HAWA 2 dh ade ego dlm diri mmg sukar untuk ADAM lemahkannya kerana kesan y besar dlm diri mereka buat mereka seperti seseorng y berdendam aKa AIN HAWANIS...

tp ego soerg wanita akan cair dgn keimananseorg lelaki....mainpoint here is AGAMA y dipgng dan diamalkan oleh sesorg itu penyelamat dlm rumahtnggenya...jz look 2 ADAM MUKHRIZ...


overalnya  kebersamaan dlm perhubungan n yng ditekankan di sini u y dh MARRIED penting dlm mwujudkan rasa hormat....pesan untuk aG yang dipamerkan dlm dccKu...



ingat 165
insyaALLAH selmt segalanya

6 February 2012

kalaM SyurGa...

assalamualaikum dccKu.....

smlm aG amat terkesima smpai luruh airmata kt pipi tgk slh satu rancngan sempena maulidur Rasul SAW..perasaan hiba menyelubungi diri tatkala menghayati kisah dlm slot ini bertepatan dengan tajuknya KALAM SYURGA.

WEE SOO YIN....aG ngat nama ni cz ia memberi seribu satu makna dlm diri aG dan aG nalk kngsi dlm dccKu....mcm mana seorang anak cina boleh blaja BAHASA ARAB sehingga dapat straight A's in PMR.

YIN seorang remaja cina yang membesar di  KELANTAN, bapa bekerja menjual makanan binatg ternkan dan ibu bekerja di pjbt pelajaran daerah. mempunyai 2 beradik.  YIN bersekolah d SMK BACHOK. kerana dikellingi rakan yang berbngsa melayu, YIN nekad u mengambl subjek BAHASA ARAB dlm Peperiksaan PMR. walau ditentang ibu yang tahu akan kepayahan subjek ini melalui researchnya di PPD, YIN tetap optimis u mengambil subjek ini dan akhirnya dgn suara ayahnya ibunya terpaksa akur dan sedar minat anaknya tidakboleh dihalang.

sewaktu melihat air mata YIN tumpah kerana melahirkan perasaanya y amat gembira kerana dberi keizinan oleh ibunya u mengambil subjek ini, aG merasakan betapa luhurnya hatiremaja cina inidalam mendalami kalam syurga...

amat terharu apbila YIN dan keluarga menerima anugarh MAULIDUR RASUL 2011 peringkat KELANTAN dan KEBANGSAAN kerana beliau merupakan satu2nya pelajar non muslim yang mengambil subjek BAHASA ARAB KOMUNIKASI dan telah lulus dengan jayanya...

aG melihat pd diri sendiri betapa aG mensia2kan peluang mendal;ami BAHASA ARAB ini dlm diri..YA PASTI ..aG perlu bangkit u menguasainya juga dlm kehidupan...mel;ihat kisah YIN membuka suatu minat u aG mengkajinya dan mengagumi ciptaan ALLAH ini....

jauh du sudut hati aG mendoakan agar family YIN suatu hati nanti menjadi salah sebuah keluarga y berbahasa menggunakan kalam syurga di DAERAH SANA nanti...Amiin..moga ALLAH memberi hidayah kepada mereka dan mengekalkn hidayah ISLAM dalam diri muslim...Amiin.

moga berfaedah untuk semua.

pesan untuk diriku...

hargailah sesuatu yang telah berada digenggaman
   berhentilah mengejar sesuatu yng jauh menenggelamkan

5 February 2012

reDha a.K.a pasRah

A: AKU REDHA DGN APE YANG BERLAKU..
 
B: ENGKAU REDHA KE PASRAH??  
REDHA ERTINYA IKHLAS
PASRAH ERTINYA MENYERAH


Jika dilihat dialg kt ats mmg bw makna y besar dlm diri aG n mybe insan dccKu. biasenye
semua akn lncr sebut redha tp brape % y mmg kte ikhlas dlm tindkn???? prkara mcm ni mmg biase berlku kt student. why im saying like that??? bcoz this stuatian always happen during exam especially final exam. 

biasenye berlaku dlm 2 keadaan;
  1.  redha cz  mmg xstudy dri awal.  lau kes ni bukan redha a.K.a ikhlas tp terus menyerah ibarat pegi berprg dgn musuh tnpe bw senjata..f course lableh mati katak  unless mybe bkan ajal kte jd terselmat la on that time...
  2. redha coz mmg dh usha sedaya mungkin dan yang terakhir adalah membuat penyerahan diri kt ALLAH. yng ni sgt baik coz kte ikut ajaran y islam bwa coz ALLAH said in QURAN  stelah habis kita berusaha, bertawakkallah kpda ALLAH.

tp aG akui mmg susah naqk jge hati sebab lau hati sakit xleh bg ubat zahir mcmp klinik, tp knep masjid....yup!!!!rwat hati mcmni mmg susah klu xdsertakan  SABAR dalam diri. selalu kwn2 tye


FRENZ: mcm mane paper td ok?? aG mesti ok cz bdak pandai
aG: alhamdulillah...(mmg senang ucap tp u penghayatan memerlukan kekuatan dlm diri).xde pandai mane... semua dr ALLAH


ni adalah cnth ayat when kte mmg redha dgn ape y ALLA uji...lastly pesan aG u diri n FRENZ bile kte dah amal Islam dlm hidup...semua y keluar dari mulut adalah sesuatu ymemang terzahir di hati....



     selalulah berbaik sangka dengan ALLAH kerana ALLAH adalah disisi ape yang hambaNYA fikirkan...
                
         

26 January 2012

boWLiNG aKa Baling

cuti sem skg ni mmg terisi..tak pernah lg rse bosan y teramat.  dgn siapkan tesis+shopping+ dll.  masak u org kawen pun ade..pkr2 masak kt org kawen tp diri sendiri bile la nak kawen...isk2... nway td p main bowling aKa baling u satu tournment....best jgk coz abih angkut makcik2 main skali...aG pun entah ape2 main jgk la tp ikut kate my advser baling je....tanpe ape2 asas mcm biase aG jz main baling je tp y best kali ini dlm duk baling2 group aG dpt no 1..dpt hamper+duit+beg. ok la jgk duit masyuk... ini membuktikan klu kte ykin n buat sesuatu dgn KATA HATI insyaALLAH hasilnya xmengecewakan...he22.

dlm mse cuti sem ni jgk aG byak jd kaunselor peribadi u byk jenis pengalaman hidup.. 6t la aG luah kat dccKu ea....planning nak p shopping plak ni aKa window shopPng...k dccKu..tq for give me a cHANCE to put somtnhg in yours...

aG harap shbt2 aG pun mase cuti mereka terisi dgn perkara y berguna hendaknya

some advice to myself

            whatever we do in this world remember ALLAH always!!!!!

25 January 2012

uJiaN dari IlaHI...

lama dah xberkongsi di dccKu

tapi langkah makin laju dalam mengikut putaran waktu

sesekali terasa  sukar untuk jejaki langkah y telah pergi

aG diberikan ksmpatan merasai warna2 kehidupan

suram, kelam, ceria,duka

semua memberi erti dalam hidup

tapi sedaif2 diri ini lupa y hakikatnya

ini uJian Dari Ilahi...


setelah kembali berpaksi di dunia y realiti

rasa kehambaan itu datng dgn sendiri

tatkala diberi dugaan u dihayati

aG sendiri masih mencari kekuatan u diri dalam

menyelesaikan dugaan ini


moga rahmatMU sentiasa bersamaku

tatkala diri menjadi tempat untuk insan lain mengadu

sekaligus mematngkan diri ini y serba kekurangan




xiexie ALLAH bang wo




15 January 2012


pengalaman adalah sesuatu yang perlu dicari.............

tidak boleh dibeli!!!!!!!!!!!!!

so  we must find it

4 January 2012

10 Bahaya Makan



Kesan sampingan dan bahaya makan minum sering dilapurkan dan ia diakui sendiri oleh pakar perubatan bahawa punca penyakit yang diidapi oleh masyarakat manusia dan ada yang membawa kematian khususnya masyarakat moden hari ini, ia berpunca daripada banyak makan daripada kekurangan makanan. Penyakit-penyakit seperti darah tinggi, lemah jantung, kencing manis dan lain-lain semuanya berpunca daripada lebih makan atau tidak mengawal makanan dengan cara yang betul.
Oleh sebab itu Nabi SAW mengingatkan bahawa; “Tiada suatu tempat yang dipenuhi oleh anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu memakan sekadarnya. Hendaklah kamu mengisi perut dengan hanya sepertiga ruang makanan dan sepertiga lagi dengan air dan sepertiga lagi dengan nafas (ruang udara)” –(Riwayat At Tirmizi dan Ahmad).
Hadis di atas di samping menganjurkan agar menghadkan kadar makan dan minum, Nabi SAW juga mengingatkan tentang bahaya perut jika ia diisi dengan tanpa hadi. Difahamkan daripada hadis di atas juga bahawa perut kita hanya selamat jika ia diisi dengan makanan satu pertiga sahaja. Tetapi jika ia dipenuhi dengan makanan melebihi ruang itu, maka kemungkinan besar ia merbahaya kepada kesihatan kita sendiri.
Oleh sebab itu Imam Al Ghazali dalam Minhajul ‘Abidin menjelaskan terdapat 10 bahaya berpunca daripada lebihan makanan. Di antara bahaya-bahaya makan minum tanpa had itu ialah;
1. BANYAK MAKAN HATI MENJADI KERAS DAN MEMADAMKAN CAHAYANYA.
Dalam sebuah hadis yang agak masyhur bahawa Nabi SAW mengingatkan; “Hati anak Adam ditempa bentuknya mengikut makan dan minum”. Ertinya bentuk dan sifat hati itu berpunca daripada makan minum.
Dalam hadis lain Nabi SAW bersabda lagi, maksudnya; “Janganlah kamu mematikan hati dengan banyak (berlebih) makan dan minum, walau pun yang halal. Kerana hati itu ibarat tumbuh-tumbuhan, ia akan mati jika terlalu banyak disirami air”.
Dalam Al Quran pula Allah mengingatkan agar jangan makan makanan secara belebihan sehingga walau pun dengan makan minum yang halal. Firman Allah, maksudnya; “Makan minumlah kamu, tetapi jangan berlebihan” –(Surah Al ‘Araf ayat 31).
Hukama’ pula ada berkata; “Perut itu umpama kuali yang berada di bawah hati, bila ia mendidih asapnya akan terkena pada hati. Jika banyak asap, ia akan kotor dan menjadi hitam”. Ertinya bahan kimia daripada makanan itu menghasilkan toksid yang boleh membinasakan hati dan jantung.
2. BANYAK MAKAN HATI MENJADI RESAH DAN MERUNTUN ANGGOTA KE ARAH PERKARA SIA-SIA DAN MAKSIAT.
Seorang yang sentiasa kenyang sentiasa lupa daratan. Segala pancainderanya, seperti mata, telingan, lidah dan kemaluannya cenderung untuk melakukan perkara haram. Tetapi bila perut lapar, semua anggota menjadi aman dan tenteram daripada runtutan maksiat, hatta perkara fudhul (tidak berfaedah).
Berkata Ustaz Abu Jaafar Rahimullahu ta’ala, bahawa perut itu, jika ia lapar, anggota lain menjadi kenyang (tidak ingin) terhadap segala perkara yang tidak baik. Tetapi jika ia kenyang, maka segala anggota lain menjadi lapar (teringin) kepada sesuatu tanpa batas dan banyaklah perkara yang dituntutnya. Kesimpulannya, menurut Imam Al Ghazali, setiap perbuatan, ucapan serta tindak-tanduk seseorang lebih banyak dipengaruhi oleh makan minum.
Jika makan yang haram, maka yang terhasil daripada anggota dan pancainderanya adalah perkara haram juga. Jika makan yang halal, yang terhasilnya adalah perkara baik dan manfaat serta keuntungan di dunia dan akhirat. Tapi jika makan belebihan, walaupun halal, ia mendatangkan kesan sampingan yang memudharatkan pula.
3. BANYAK MAKAN AKAN MELEMAHKAN AKAL DAN TERHALANG DARIPADA MENJADI CERDIK.
Benar sekali apa yang disebut oleh Imam Ad Daraqutni; “Bila engkau ingin sesuatu dari keperluan dunia dan akhirat, maka janganlah engkau makan dahulu sehingga perkara yang engkau ingin itu tercapai atau berhasil. Kerana makan itu akan merubahkan fikiran menjadi lemah.
Bukti itu telah dialami oleh banyak orang yang mempraktikkannya”.
4. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN KURANG IBADAH.
Banyak makan menyebabkan badan menjadi berat, mata mengantuk, anggota badan lesu dan lemah. Walau pun dipaksa untuk melakukan sesuatu, tetapi tidak berdaya lagi, kecuali hanya tidur seperti bangkai terbuang.
Diceritakan bahawa Nabi Yahya as pernah bertemu dengan iblis sedang membawa sesuatu serupa joran (alat memancing). Nabi Yahya bertanya; “Untuk apa engkau bawa alat ini”. Jawab iblis; “Inilah syahwat untuk aku pancing anak-anak Adam”. Tanya Nabi Yahya lagi; “Adakah aku juga hendak engkau pancing?”. Jawb iblis; “Tidak ada peluang. Tetapi pernah pada suatu malam, engkau makan agak banyak. Maka aku dapat memancing kamu sehingga engkau terasa berat untuk mengerjakan solat”. Kata Nabi Yahya; “Kalau macam itu, mulai hari ini aku tidak lagi mahu makan kenyang sepanjang hidup aku”. Kata iblis dengan penuh kesal; “Betapa menyesalnya aku kerana membuka rahsia ini. Mulai hari ini kami golongan iblis tidak akan menceritakan lagi rahsia ini kepada sesiapa pun”. Ada pun kisah Nabi Yahya terlebih makan itu cuma berlaku sekali sahaja dalam hidupnya.
Cubalah bayangkan, bagi orang yang sentiasa kenyang pada setiap malam. Tentu sekali bukan sahaja malas, bahkan terasa rugi untuk bangun beribadah malam. Bila terjaga pada waktu malam sayang sekali untuk tinggalkan kain selimut dan tilam empuk untuk bangun beribadah kepada Allah.
Berkata Syied Sofwan Rahimullah; “Ibadah itu umpama perusahaan (perniagaan) yang menguntungkan. Warungnya adalah berkhalwat dan barang perniagaannya ialah berlapar”. Ertinya jika kita tidak berlapar, maka kita ibarat peniaga yang membuka warung yang kosong.
5. BANYAK MAKAN AKAN MENGHILANGKAN KEMANISAN DALAM BERIBADAH.
Seperti seorang seniman yang sedang asyik menumpukan kepada kanvas lukisannya, ia pasti lupa alam sekelilingnya. Setelah selesai dihasilkan lukisannya, ia akan terasa suatu kepuasan. Demikian juga dengan badah yang dilakukan dengan takun dan khusyuk, akan terasa sedap dan nikmat. Selesai ibadah akan terasa suatu kepuasan.
Saidina Abu Bakar berkata; “Sejak aku menganut Islam, belum pernah perut aku kenyang dengan makanan. Kerana aku ingin mendapat kemanisan dan kepuasan dalam beribadah. Juga belum pernah aku kenyang dengan minuman, kerana aku sangat rindukan Allah”.
Saidina Abu Bakar ialah salah seorang sahabat Nabi SAW yang mendapat maqam (tingkatan) mukasyafah. Ini seperti mana diakui oleh Nabi SAW sendiri, maksudnya; “Tiada yang melebihi kamu Saidina Abu Bakar dalam rasa mekanisan beribadah puasa dan solat. Sesungguhnya ia ialah kerana sesuatu yang tersimpan di dalam dadanya (takwa)”.
Inilah tanda dan sifat orang yang telah mendapat maqam mukasyafah kerana mengurangkan makan dan minum.
Kata Addoroni, saat aku merasa amat manis sekali dalam ibadah ialah semasa perutku rapat dengan belakangku (terlalu amat lapar).
6. BANYAK MAKAN SEMBARANGAN MAKANAN AKAN MUDAH TERJERUMUS KEPADA SYUBHAT ATAU MUDAH MENDEKATI PERKARA HARAM.
Menurut Imam al-Ghazali, barang halal itu datang kepada kamu hanya sekadar untuk menjadi bekalan sahaja. Seperti mana disebut oleh Nabi SAW, maksudnya; “Sesungguhnya yang halal itu tiada datang kepada kamu, melainkan sekadar untuk menjadi bekal dan sekejab sahaja. Tetapi yang haram itu datang kepada kamu bertimbun-timbun”.
Banyak makan makanan syubhat menimbulkan was-was dalam hati. Sukar menghafal ilmu dan mudah lupa. Oleh sebab itu dalam hadis riwayat Bukhari bahawa Rasulullah SAW mensifatkan, di antara halal dengan haram ada di tengahnya perkara syubhat. Walau pun perkara syubhat belum haram, tetapi ia lebih mendekati ke arah haram dan termasuk perkara larangan, bagai taman larangan kawasan istana. Kerana, siapa yang suka meniti di atas syubhat, lambat laun ia akan terjerumus kepada haram. Bagi orang wara’ perkara syubhat dijauhinya bagai menjauhi perkara haram.
7. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN TIMBUL PELBAGAI PERKARA BURUK.
Di antara perkara buruk atau kesan sampingan berpunca daripada banyak makan ialah;
a). Hati dan badan menjadi penat kerana sebuk berusaha mencari perbelanjaan untuk tujuan menyediakan makanan yang lazat-lazat dan mahal-mahal perencah dan resepinya.
b). Badan akan menjadi penat dan letih dalam mencari pelbagai resepi, menyiapkan pelbagai jenis masakan, mencuci alat-alat yang telah diguna untuk makan dan sebagainya.
c). Menghabiskan masa, fikiran, dan pertimbangan untuk mengimbangkan resepi agar terasa lazat. Kerana bimbangkan risiko kekurangan salah satu bahan, nanti kurang sedap.
d). Selepas makan, kesibukan itu bersambung lagi, seperti kena mencuci gigi, menyiapkan peralatan selepas makan seperti kertas tisu, menghidang makan ringan sebagai pencuci mulut dan lain-lain.
e). Jika perut allergic terpaksa pula pergi ke jamban. Menghadapi risiko kesan sampingan seperti terkena penyakit darah tinggi, lemah jantung atau kencing manis dan lain-lain, maka terpaksa pula jumpa doktor dan sediakan ubat sepanjang masa.
f). Selalu rugi di bidang agama seperti;
i). Banyak makan menjadikan seseorang malas beribadah atau melambat-lambat sembahyang, kerana terasa penat akibat perut terlalu kenyang. Jika ibadah pun telah mengurangkan perkara-perkara sunat.
ii). Orang yang banyak makan akan sentiasa hendak membuang air kecil atau air besar atau sentiasa kentut. Oleh sebab itu wudhuknya tidak dapat kekal. Ertinya, ia tidak mampu kekal dalam keadaan suci, iaitu sentiasa berada dalam wudhuk. Sedangkan orang yang sentiasa berwudhuk, menurut hadis, ia sentiasa diampuni dosa oleh Allah sepanjang ia berwudhuk.
iii). Banyak makan menyebabkan kurang tahan beriktikaf atau tidak dapat berlama-lama dalam mesjid, kerana keluar untuk keperluan cari makan atau kerana terbatal wudhuk (sentiasa kentut) atau kerana hendak buang air kecil atau air besar.
iV). Orang yang banyak makan ia tidak tahan berpuasa, kerana tidak tahan berlapar.
Demikian beberapa kelemahan keburukan orang yang banyak makan dan ia merupakan satu kerugian.
Sesungguhnya puasa, iktikaf, dawamut toharah (sentiasa berkeadaan suci - sentiasa berwudhu', termasuk juga menjaga kebersihan pakaian pada diri) dan lain-lain itu merupakan perkara yang menjadi ibadah dan mendapat pahala. Sedangkan banyak makan, menyebabkan peluang untuk berada dalam keadaan ibadah dan mendapat pahala menjadi terganggu oleh kesan sampingan akibat makan banyak seperti perasaan malas, mengantuk, terkentut, buang air kecil dan besar (menyebabkan tidak tahan berada dalam keadaan sentiasa wudhu') dan lain-lain.
Kerana itu Nabi SAW mengingatkan, maksudnya; “Punca segala penyakit ialah rakus atau lahap dalam makan dan punca segala ubat ialah berpantang”.
Malik bin Dinar pernah berkata; “Wahai saudara ahli Basrah, disebabkan makan terlalu banyak, maka kita terpaksa kerap pergi ke tandas, tempat yang hina. Ertinya kita dimalukan oleh Tuhan. Oleh sebab itu, maka aku amat inginkan sekiranya diberi rezki oleh Tuhan, cuma cukup untuk menjilat lidah sahaja pada batu krikil”.
Oleh itu orang yang Cuma menghabiskan masa untuk fakir makan dan minum sahaja, maka semua urusan yang dilakukan (untuk mencari makanan) hanya semata-mata untuk keduniaan dan tidak ada apa-apa bahagian untuk di akhirat. Kerana apa yang diusahakan semata-mata untuk menghasilkan najis dan mengakibatkan pula badan lesu, menanggung penyakit dan masa (umur) tebuang percuma sahaja.
8. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN AMAT SAKIT KETIKA SAKARATUL MAUT DAN URUSAN PERHITUNGAN DI AKHIRAT MENJADI RUMIT.
Dalam hal ini Nabi SAW ada mengingatkan; “Berat atau ringannya sakit sakaratulmaut itu bergantung kepada sedikit atau banyaknya kenikmatan dunia yang kita ambil. Jika banyak kenikmatan dan kesenangan dunia yang kita ambil dan nikmat, maka beratlah kita hadapi sakit sakaratul maut, kerana sedih dan sayang untuk meninggalkan dunia yang telah mendarah-daging bagi kita”.
9. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN KURANGNYA GANJARAN DI AKHIRAT, KERANA NIKMATNYA TELAH DITERIMA DI DUNIA.
Firman Allah, maksudnya; “Dan ingatlah hari ketika orang-orang kafir dimasukkan ke dalam neraka, kepada mereka dikatakan; ‘Kamu telah menghabiskan rezki dan kesenanganmu yang baik di dunia dan kamu telah pun bersenang-senang dengannya, maka pada hari ini dibalas pula dengan azab yang menghinakan. Kerana kamu dahulu di dunia sombong dan fasiq tanpa hak” –(Surah Al Ahqaaf ayat 20).
Jika kita hanya mengambil dan menggunakan nikmat dunia semata-mata untuk merasakan kesenangan di dunia, maka akibatnya nikmat di akhirat akan dikurangkan oleh Allah.
Diriwayatkan bahwa suatu masa Khalid Ibnu Walid menghidangkan makanan yang enak-enak kepada Saidina Umar. Lalu Saidina Umar berkata; “Makan yang enak ini kita akan makan sekarang, tetapi bagaimana dengan nasib orang –orang fakir di kalangan sahabat Muhajirin yang meninggal dunia, kerana belum pernah kenyang makan roti yang dibuat daripada sya’ir (iaitu gandum yang amat murah harganya)”. Khalid menjawab; “Ya, Amirul Mukminin, bagi mereka sudah ada syuga. Sekarang mereka sudah mendapat ganjarannya”. Kata Saidina Umar lagi; “Kalau begitu, mereka sudah dapat syurga, sedangkan kita baru dapat makanan yang enak ini. Amat celakalah kita, kerana di antara kita dengan mereka berbezaan amat jauh sekali”.
Saidina Umar amat faham tentang peringatan Rasulullah SAW, bahawa jika seseorang itu telah mendapat nikmat dunia dan bermewah-mewah dengannya, nanti di akhirat ganjarannya akan berkurangan.
Diriwayatkan bahawa suatu hari Saidina Umar merasa dahaga. Lalu ia meminta air daripada seorang sahabat yang ada berdekatan dengannya. Sahabat itu pun menghulurkan kepadanya air yang di dalamnya bercampur beberapa butir buah kurma sehingga air itu terasa manis. Sebaik-baik sahaja Saidina Umar menghirup seteguk air itu, lalu ia bagaikan tersentak dan bersuara; “Aduh...”. Tapi sahabat itu menyangka Saidina Umar tersentak kerana air itu kurang manis. Dia pun berkata; “Ya, Amirul Mukminin….seboleh-bolehnya aku inginkan agar air itu cukup terasa manis, tetapi jika ia kurang manis, aku minta maaf…”. Balas Saidina Umar; “Aku tersentak itu bukan kerana tawar, tetapi kerana terlalu manis”. Selepas itu dengan nada terharu Saidina Umar menyambung lagi; “Kalaulah tidak kerana ada Hari Akhirat, maka aku akan bersama-sama kamu bersenang-senang menikmati kehidupan di dunia ini”.
10. BAHAYA MAKAN MERUMITKAN SOAL JAWAB DI AKHIRAT.
Bahaya makan terakhir ialah mengakibatkan seseorang itu akan menghadapi saat rumit ketika berhadapan dengan soal jawab di akhirat.
Walau pun memakan rezki yang halal, tapi jika di akhirat kita disoal siasat oleh Allah di Mahkamah Akhirat tentang daripada mana kita perolehi yang halal itu dan ia diperhetungankan satu persatu. Jika kita memakan makanan yang syubhat, kita akan disalahkan, kerana hanya ingin bersenang-senang. Sedangkan hal ehwal keadaan jiran, orang miskin dan lain-lain orang yang susah, tanpa dibantu, itu akan ditanya kelak oleh Allah kepada kita.
Sesiapa yang tidak membantu orang yang memerlukan bantuan, sedangkan ia mampu, maka ia dianggap tidak tergolong sebagai umat Islam.
Sebuah hadis bahawa Nabi SAW bersabda amat tegas sekali, maksudnya; “Siapa yang tidak memikirkan urusan sesama Muslim, ia dianggap bukan golongan mereka (bukan golongan Muslim)” -(Riwayat Al Hakim dari Ibnu Mas’ud).
Oleh itu, dalam hidup ini, kita selaku umat Islam telah tersedia memikul amanah, sama ada amanah masyarakat atau amanah diri dan keluarga. Jadi, tidak pantaslah setiap hari kita cuma memikirkan tentang makan dan mengisi perut sahaja. Kerana kita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap keluarga dan masyarakat.
Memang dalam hidup ini, lebih-lebih lagi untuk mengisi tugas dan tanggungjawab terhadap Allah dan juga masyarakat, kita perlukan badan sihat. Badan yang sihat, terbina daripada makanan minum yang baik dan berzat. Memang makanan itu perlu, tetapi janganlah sampai makan terlalu berlebihan sehingga melupakan tanggungjawab lain yang lebih utama.
Sumber dari Pusat Rawatan Tanpa Ubat (PUSRATU)